Program yang amat dinanti-nantikan oleh para peminat setia program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia iaitu Maharaja Lawak kini telah pun membuka gelanggangnya bermula hari Jumaat yang lepas. Program ini juga telah dikemudikan oleh pengacara yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan iaitu AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama hampir 10 minggu bersiaran.Umum mengetahui bahawa program ini merupakan kesinambungan dari program Raja lawak yang telah pun berlabuh beberapa minggu yang lalu. Bezanya program ini menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga usim kelima di satu pentas yang sama berentap bagi merebut gelaran sebagai juara Maharaja Lawak.Seramai 12 orang finalis telah dipertemukan untuk bersaing secara sihat di dalam program yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini. Lebih istimewa, ada dikalangan mereka yang telah bergabung dan muncul dalam sebuah kumpulan meskipun ada diantara mereka memulakan misi di Raja Lawak secara solo. Finalis Maharaja Lawak terdiri daripada Yus dan Taukeh yang menggelarkan diri mereka ‘Jambu’, Johan dan Zizan sebagai ‘Jozan’, Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Kechik dan Idlan pula menggelarkan diri mereka ‘Wai’ serta bekas finalis musim kelima Raja Lawak iaitu Man, R2 dan Balas.
______________________________________________________
0 Comments